BAGAIMANAKAH VITAMIN A MEMBANTU DALAM MEMBANTU KESIHATAN MATA DAN MENCEGAH RABUN MALAM?
APA ITU MIKRONUTRIEN?
Kekurangan vitamin A boleh memberikan kesan yang ketara terhadap kesihatan seseorang. Individu yang tidak mendapat cukup vitamin A dalam diet harian mereka mungkin mengalami rabun malam, iaitu kesukaran untuk melihat dalam keadaan pencahayaan yang rendah. Selain itu, kekurangan ini juga boleh menyebabkan xerophthalmia, satu keadaan di mana mata menjadi kering dan, jika tidak dirawat, boleh menyebabkan kebutaan. Kulit juga boleh menjadi kering serta lebih mudah dijangkiti, manakala sistem imun tubuh akan menjadi lemah, menjadikan seseorang lebih terdedah kepada pelbagai jangkitan.
Mikronutrien seperti vitamin dan mineral sangat penting walaupun hanya diperlukan dalam kuantiti yang kecil.Tanpa mikronutrien,badan kita tidak boleh berfungsi dengan baik.Antara kepentingannya ialah seperti :
- Dapat membantu pertumbuhan dan perkembangan
- Dapat menguatkan sistem imunisasi badan
- Menjaga kesihatan mata,kulit,tulang dan organ dalaman
- Menyokong proses dalam badan seperti penghasilan tenaga,pembekuan darah dan pembaikan sel
APA ITU VITAMIN A?
Vitamin A ialah salah satu vitamin larut lemak yang termasuk dalam kumpulan mikronutrien.Fungsi utama vitamin A ialah menjaga kesihatan mata,meningkatkan sistem imunisasi badan,menjaga kesihatan kulit dan selaput mukosa dan vitamin A juga penting dalam pertumbuhan dan perkembangan janin.
Selain itu vitamin A juga merupakan vitamin larut lemak dan penyerapanya dalam usus kecil memang sangat bergantung pada pembentukan dan kelarutan misel.Kekurangan vitamin ini boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan yang serius, termasuk rabun malam dan jangkitan kulit.Tetapi bagaimanakah vitamin A dapat membantu dalam kesihatan mata dan mencegah rabun malam?
Melalui artikel ini, kita akan meneroka bagaimana Vitamin A membantu menjaga kesihatan mata dan kulit, serta mengelakkan penyakit berkaitan.
APAKAH KEPENTINGAN VITAMIN A KEPADA DIRI KITA?
Vitamin A memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan mata, terutamanya untuk membantu penglihatan dalam keadaan cahaya malap. Selain itu, vitamin ini juga membantu menguatkan sistem imun badan supaya kita lebih tahan terhadap jangkitan penyakit. Ia juga penting untuk memastikan kulit sentiasa sihat, tidak kering dan mampu memperbaharui sel-sel kulit dengan baik. Bagi kanak-kanak, vitamin A sangat diperlukan untuk tumbesaran yang normal dan menyokong perkembangan organ serta sistem badan secara menyeluruh.
BAGAIMANAKAN VITAMIN A DAPAT MEMBANTU DALAM KESIAHATAN MATA DAN MENCEGAH RABUN MALAM?
Vitamin A sangat penting untuk kesihatan mata kerana vitamin A dapat menghasilkan Rhodopsin yang merupakan sejenis pigmen dalam retina yang membolehkan mata kita melihat dalam cahaya malap.Tanpa pengambilan vitamin A yang mencukupi, rhodopsin tidak dapat terbentuk dengan sempurna, menyebabkan kesukaran melihat dalam gelap atau cahaya rendah atau lebih dikenali sebagai rabun malam.
SUMBER MAKANAN YANG KAYA DENGAN VITAMIN
Sumber makanan yang kaya dengan mikronutrien terdapat dalam pelbagai bentuk iaitu Retinoid yang dapat membentuk vitamin A yang dalam makanan daripada sumber haiwan seperti hati (lembu dan ayam), produk tenusu, manakala Karotinoid pula boleh ditemui dalam tumbuhan seperti lobak merah dan sayur-sayuran berdaun hijau. Salah satu contoh karotenoid yang terkenal ialah beta-karoten.
KESAN KEKURANGAN DAN TERLEBIHNYA PENGAMBILAN VITAMIN A
Sebaliknya, pengambilan vitamin A secara berlebihan terutamanya melalui suplemen juga boleh membawa kesan buruk. Individu yang mengambil vitamin A secara berlebihan berisiko mengalami keracunan vitamin A atau hipervitaminosis A, yang boleh menyebabkan gejala seperti sakit kepala, muntah, penglihatan kabur, dan juga masalah pada hati. Lebihan vitamin A juga boleh memberikan kesan negatif kepada bayi dalam kandungan sekiranya ibu hamil mengambil dos yang terlalu tinggi.
FAKTA SAINTIFIK
Fakta saintifik berkaitan vitamin A adalah menurut laporan World Health Organization (WHO), kekurangan Vitamin A merupakan antara punca utama buta yang boleh dicegah di kalangan kanak-kanak di negara membangun.
Kajian juga menunjukkan bahawa pengambilan makanan kaya beta-karoten membantu mengurangkan risiko penyakit mata degeneratif seperti Age-related Macular Degeneration (AMD). Di samping itu, beberapa kajian mendapati bahawa vitamin A menyumbang kepada penghasilan kolagen, yang membantu mengekalkan keanjalan kulit dan mengurangkan tanda-tanda penuaan.
Berikut adalah pautan untuk rujukan tentang vitamin A kepada kanak-kanak :
KESIMPULANNYA
Vitamin A merupakan nutrien penting yang memainkan peranan utama dalam mengekalkan kesihatan penglihatan, menguatkan sistem imun, serta menyokong pertumbuhan dan pembaikan tisu badan. Kekurangan vitamin A boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti rabun malam, kulit kering, dan peningkatan risiko jangkitan.
CADANGAN DIET SEIMBANG YANG BERKAIT DENGAN VITAMIN A
Bagi memastikan keperluan vitamin A dipenuhi secara optimum, seseorang disarankan untuk mengamalkan diet yang seimbang dan pelbagai. Pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin A seperti hati, telur, susu, dan keju perlu diberi perhatian. Di samping itu, pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna terang seperti lobak merah, bayam, keledek, labu, mangga dan betik amat digalakkan kerana kandungan beta-karotena yang tinggi, yang akan ditukar kepada vitamin A dalam badan. Penggunaan sedikit lemak sihat semasa penyediaan makanan boleh membantu penyerapan vitamin A dengan lebih berkesan, memandangkan vitamin ini larut dalam lemak. Walau bagaimanapun, pengambilan suplemen vitamin A hendaklah dilakukan secara berhati-hati kerana pengambilan berlebihan boleh mendatangkan kesan toksik kepada tubuh.
Sumber Rujukan :
1.National Institutes of Health. (2021). Vitamin A - Fact Sheet for Health Professionals. U.S. Department of Health & Human Services.
https://ods.od.nih.gov/factsheets/VitaminA-HealthProfessional/
2.World Health Organization. (2009). Global prevalence of vitamin A deficiency in populations at risk 1995–2005: WHO global database on vitamin A deficiency.
https://www.who.int/publications/i/item/9789241598019
3.Sommer, A. (2008). Vitamin A deficiency and clinical disease: An historical overview. The Journal of Nutrition, 138(10), 1835–1839.
https://doi.org/10.1093/jn/138.10.1835
4.West, K. P. Jr. (2002). Extent of vitamin A deficiency among preschool children and women of reproductive age. The Journal of Nutrition, 132(9), 2857S–2866S.
https://doi.org/10.1093/jn/132.9.2857S
5.Tanumihardjo, S. A. (2013). Vitamin A: Biomarkers of nutrition for development. The American Journal of Clinical Nutrition, 98(2), 508S–516S.
https://doi.org/10.3945/ajcn.112.057521
Comments
Post a Comment